Pelakon Elfira Loy memilih nama Muhamad Rayyan Khalaf untuk anak sulungnya bersama Faris Khairol Anuar.

Elfira selamat melahirkan anak secara normal dengan berat 3.68 kilogram di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Andorra, Seri Kembangan pada petang Isnin.

Sebelum ini, Elfira masih berteka-teki tentang jantina bayinya meskipun kerap diasak dengan pelbagai pertanyaan oleh peminatnya yang mengikuti dalam laman Instagram.

Muhammad Rayyan dilahirkan dengan berat 3.68 kilogram.

Malah sewaktu memuat naik video Faris bersama anaknya pada lewat petang Isnin, Elfira masih berahsia.

Namun warna biru selimut yang membaluti tubuh si kecil, bagaikan memberi gambaran tentang jantina bayi Elfira.

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 25, berkahwin dengan Faris pada 1 Januari lalu, di sebuah resort di Cyberjaya, selepas mengikat tali pertunangan pada September. – MHE TV

Iklan