Masih bersama atau tidak? Persoalan yang membelenggu peminat Erra Fazira dan juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi akhirnya terjawab apabila Erra mengumumkan mereka telah pun berpisah sejak Januari lalu.

Menurut Erra, kedua mereka sudah pun membawa haluan masing-masing namun masih berhubung sebagai rakan biasa.

“Kami dah move on dengan kehidupan sendiri. Saya tidak kecewa kerana saya tahu aturan Allah itu baik.

“Kami masih berkawan tapi tiada lagi hubungan istimewa.

“Dahulu memang ada perancangan untuk bahagia bersama, namun Allah  tidak tunjukkan jalan dan tidak permudahkan,” jelas Erra kepada MHE TV.

Erra sebelum ini mengaku berkawan ‘baik’ dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan itu sejak empat tahun lalu.

Hubungan Shahir dan Erra masih baik walaupun tiada yang istimewa lagi.

Tidak menjelaskan apa punca di sebalik perpisahan itu, jelas Erra dia tidak kecewa dengan apa yang terjadi dan yakin dengan aturan yang telah ditetapkan Allah.

“Sebagai seorang wanita apabila diberi harapan, sudah tentu ada rasa bunga-bunga tapi lama-lama kematangan mengatasi segalanya. Sampai bila?

“Saya tidak sedih, tidak boleh salahkan sesiapa kerana jodoh telah tiada,” luah Erra Fazira.

Selain itu, Erra turut mengesahkan dirinya bakal menunaikan fardu haji bulan ini. -MHE TV

Iklan