Bila bab netizen ni, jangan main-mainlah ye. Daya penglihatan mereka sangat tajam sampaikan benda kecil pun boleh perasan.

Jika sebelum ini, netizen mengkritik cara pemakaian pelakon Eyka Farhana yang dikatakan semakin seksi.

Namun kali ini, sekali lagi pelakon kecil molek itu dikecam netizen hanya kerana sekeping gambar di pantai.

Komen-komen netizen yang memenuhi Instagram Eyka

Bukan kerana Eyka masih berpakaian seksi tetapi dilihat memegang nanostick, iaitu sejenis rokok elektronik.

Eyka yang kini berada di Bali, Indonesia memuat naik gambarnya di tepi pantai Mertasari Sanur dalam laman Instagram miliknya pada Rabu.

View this post on Instagram

I Love You 3000 🧡

A post shared by Eyka Farhana (@eykafarhana) on

Netizen pula, bukan keindahan pantai yang menjadi perhatian, sebaliknya objek di tangannya yang lebih menjadi perhatian.

Sebelum ini, Eyka dikritik kerana pemakaian yang semakin seksi

Walaupun ramai mengecam, namun masih ada yang tampil bersangka baik.

Kata mereka, mungkin ia milik orang lain dan Eyka hanya tolong pegangkan saja.

Tidak pastilah mana satu yang betul. Pendek kata, kita bersangka baik sajalah dan tunggu jawapan daripada Eyka. – MHE TV

Iklan