Masalah kulit yang dialami dua rakan selebriti, Faye Kusyairi dan Ezlynn, membuatkan mereka terpanggil untuk mencari alternatif mengamalkan produk tradisional berbanding rawatan moden.

Ezlynn yang mengalami masalah kulit ekzema telah disarankan untuk menjamu jamu Aura Kasih.

Selepas beberapa bulan mengamalkannya, Ezlynn mengakui ada perubahan pada kulitnya.

“Alhamdulillah, memang ada perubahan. Saya panggil Aura Kasih sebagai jamu ‘on-the-go’ kerana ia sangat mudah untuk diminum,” katanya.

Ezlynn yang ditemui di Fiesta MED: Usahawan Wira Ekonomi di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), turut memberitahu dia akan berada di reruainya hari ini.

Ezlynn dan Faye bekerjasama memperkenalkan produk jamu moden.

Sementara itu, bagi Faye Kusyairi, perubahan selepas mengamalkan produk tersebut membuatkan dia dianggap membuat rawatan kulit.

“Saya memang ada masalah kulit kering selama ini. Sejak habis berpantang pada tahun lepas, saya amalkan jamu ini. Lama-kelamaan, kulit bertambah anjal dan lebih cerah,” jelas Faye.

Sementara itu, pengunjung juga boleh mengunjungi ke 300 buah reruai dan food truck yang turut menampilkan barisan artis dan selebriti popular seperti Rozita Che Wan, Lisdawati, Dato Sri Vida, Abon dan ramai lagi.

Malah pengunjung dihiburkan dengan persembahan artis-artis popular seperti Izzue Islam, Andi Bernadee, Fara Hazel dan ramai lagi.

Fiesta MED anjuran MHE dengan kerjasama MED turut disertai semua agensi di bawah MED antaranya TEKUN National, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Institut Koperasi Malaysia (IKN) Bank Rakyat, SME Bank, SME Corp, PROTEGE, MAGIC, Institut Latihan Keusawanan Negara (INSKEN) dan UDA Holdings.- MHE TV

Iklan