Pelbagai kempen mencintai alam sekitar sudah dilancarkan berpuluh tahun lamanya, namun kesedaran menjaga alam sekitar tetap berada di tahap lama. Masih ramai yang tidak melihat isu ini penting dalam kehidupan kita.

Terbaru, pelakon Faralyna Idris meluahkan rasa sedih apabila lokasi yang dilawatinya sekeluarga kotor dan tidak seperti yang digambarkan dalam Internet.

Pelakon Misiku Kuza dan Fira Ayuni ini terkilan kerana tempat yang cantik untuk menarik pelancong ‘hancur’ kerana sikap masyarakat tempatan.

Faralyna sekeluarga berkunjug ke Taman Rekreasi Gunung Lang baru-baru ini.

“Kami ke Taman Reakreasi Gunung Lang (Perak). Apa yang menyedihkan, inilah sahaja tempat yang sesuai dan cantik untuk bergambar. Padahal dalam sana sepatutnya banyak tempat cantik nak bergambar.

“Konsep dah menarik, tapi tak terjaga. Sampah di mana-mana. Rumput di taman permainan bukan main tinggi.

“Sepatutnya (taman ini) jadi salah satu tempat dan tarikan orang ramai tetapi tidak. Rasa tertipu sangat masa pergi. Sebab kalau google, wow!

“Indah khabar dari rupa. Korang, tolong sama–sama jaga sekeliling kita. Walau tempat tu dah jahanam, jangan kita tambahkan lagi. Buang sajalah sampah dalam tong sampah walaupun anda nampak sampah bersepah dekat luar tong sampah.

“Kalau bukan kita yang mulakan, siapa lagi?” tulisnya di entri Instagram miliknya.

Betul cakap Faralyna ini. Pihak kerajaan sudah menghabiskan banyak wang untuk menjayakan kempen mencintai alam sekitar, tetapi kesannya masih di tahap yang kurang memuaskan. Semoga kita mengambil iktibar daripada luahan Faralyna ini ya! -MHE TV

Iklan