Tindakan pengasas produk, Datuk Seri Aliff Syukri yang mempromosikan produk jualannya ketika siaran langsung program Gegar Vaganza musim kelima (GV 5) malam tadi, dilihat seakan menghina penonton.

Aliff yang juga menaja GV 5, secara tiba-tiba mencari wanita ‘ugly’ dalam kalangan penonton turut mencalitkan bedak foundation jenamanya di muka seorang perempuan yang dikatakan berkulit hitam.

Perbuatan itu membuatkan penyanyi dan pelakon, Datuk Fazley Yaakob meluahkan rasa kesal melalui akaun instagramnya dan menganggap itu sesuatu memalukan.

“Maaf… it’s too much jika sekadar untuk tujuan marketing. Banyak lagi cara untuk menjual jenama, bukan menggunakan perkataan berbaur racist (perkauman) terhadap warna kulit seseorang, melabelkan wajah seseorang sebagai kurang sempurna, apatah lagi meletakkan foundation dengan tangan untuk ‘mencantikkan’ seseorang di sebuah program yang begitu ramai pengikutnya,” tulisnya di Instagram.

View this post on Instagram

Maaf.. its too much jika sekadar untuk marketing. Banyak lagi cara untuk menjual jenama, bukan menggunakan perkataan berbaur racist terhadap warna kulit seseorang, melabelkan wajah seseorang sebagai kurang sempurna, apatah lagi meletakkan foundation dengan tangan untuk ‘mencantikkan’ seseorang di sebuah program yang begitu ramai pengikutnya . Memalukan juga buat penonton yang turut sama ketawa lucu melihatnya. Haih.. apa nak jadi orang-orang kita ya? Selaku seorang yang berpengaruh, mohon fikir semula bahawa ramai anak-anak yang menonton, ramai mak ayah yang menonton, ramai manusia yang akan ingat sampai bila-bila . Marketing harus bijak.. bukan jumud dan melulu! Kaya tak menjamin adab, kaya juga tak menjamin kebijaksanaan. Seeloknya permohonan maaf harus di usahakan, sebelum bara menjadi api besar yang terus menelan maruah dan membakar punca rezeki ‘downliners’ yang turut terkena tempiasnya! . Atau mungkin saya seorang yang rasa sebegini? #gegarvaganza2018 . ✅UPDATE: Katanya beliau telah pun memohon maaf, wanita bertudung pink adalah staff beliau , maka sebutan ‘ugly’, ‘muka macam bomoh’ ‘nanti aku bagi duit’ dan meletakkan makeup dengan tangan telah dirancang lebih awal. Apabila memanggil @iamsantesh ‘hitam’ dan amalina memakai ‘susuk’ semuanya tidak sengaja. Alhamdulilah jika benar. Tahniah @aliffsyukriterlajaklaris kerana tiada ego untuk memohon maaf!

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Tambah Fazley, permohonan maaf perlu diusahakan sebelum perkara ini menjadi bertambah besar.

“Marketing harus bijak… bukan jumud dan melulu! Kaya tak menjamin adab, kaya juga tak menjamin kebijaksanaan. Seelok-eloknya permohonan maaf harus diusahakan, sebelum bara menjadi api besar yang terus menelan maruah dan membakar punca rezeki ‘downliners’ yang turut terkena tempiasnya!,” tegasnya lagi.

Segelintir warganet turut meluahkan rasa kecewa dan kesal dengan corak pemasaran yang dipamerkan oleh Aliff di bahagian komen dalam ruangan Instagram miliknya.

Rata-rata meminta supaya pengasas produk D’Herbs itu tidak memainkan isu warna kulit sebagai modal pemasaran. – MHE TV

Iklan