Menjelang pentas akhir pencarian Gadis Panca MyBeauty 2018, semua peserta sempat lagi memanjakan diri dalam satu sesi anjuran MyBeauty.

Mereka diberi taklimat awal tentang asas kecantikan sebelum berpeluang mencuba sendiri produk di bawah keluaran MyBeauty.

Para peserta turut mendapat khidmat nasihat profesional tentang penampilan mereka di pentas akhir. Semua peserta berkongsi pendapat agar mereka nampak cantik dan berkeyakinan.

Sesi bersama MyBeauty ini juga sebagai langkah persediaan buat semua peserta selepas bergelar anak seni nanti. Mereka belajar tentang tips terbaik supaya penampilan harian menjadi tumpuan ramai.

Segala ilmu yang disampaikan memberi manfaat kepada mereka agar peka tentang kesihatan dan kecantikan ketika di rumah. – MHE TV

Iklan