Semakin panas! Selepas penyanyi Aliff Aziz ‘kantoi’ curang lagi dengan seorang gadis muda yang seksi, timbul lagi cerita terbaharu.

Kali ini, gadis yang dikaitkan dengan Aliff itu membuat pengakuan yang dia ada mengambil gambar bersama penyanyi tersebut dalam sebuah majlis tertutup.

Gadis yang dikenali dengan nama Nismell itu, bagaimanapun menolak dakwaan netizen yang mereka mempunyai sebarang hubungan ketika gambar berkenaan diambil.

“Saya minta maaf sangat-sangat. Semua tu bukan salah saya dan semua ni dari kawan yang dengki sampai post macam-macam hingga la jadi isu sampai macam ni. Kalau rasa tak tahu kebenaran, boleh tanya Aliff sendiri,” tulisnya.

Nismell mendakwa, gambar dia bersama Aliff itu tersebar kerana perbuatan hasad dengki individu yang iri hati dengannya kerana dapat bergambar dengan selebriti.

Malah menerusi perkongsian Nismell di ruangan Insta Story (IGS) miliknya, dia meluahkan rasa kecewanya kerana ramai yang salah anggap tentang kejadian yang sebenar.

Kes curang Aliff Aziz ini adalah yang ketiga sepanjang dia berkahwin dengan Bella Astillah. Pertama kali berlaku membabitkan pelakon Afifah Nasir pada 2017 dan kejadian kedua berlaku Februari lalu melibatkan pelakon Oktavia Manrose. – MHE TV

https://www.instagram.com/p/Bxb-zGUpccR/?igshid=1q8zi19crbyut
Iklan