KESAL dengan sikap rakannya yang menyebarkan gambar bogel dirinya di sebuah hotel, pelakon dan pengacara Roslan Shah sedang menimbangkan untuk membuat laporan polis mengenai hal tersebut.

Foto dirinya yang tidak berpakaian kini tular di media sosial Tumblr yang menyiarkan gambar-gambar lucah.
Kata Roslan, dia berhasrat untuk membuat laporan polis namun ahli keluarganya menasihati supaya tidak membesar-besarkan lagi hal tersebut memandangkan ibu mereka tidak sihat ketika ini.

Mengakui yang foto tersebut begitu mengaibkan dirinya, bukan sahaja di Malaysia, malah tidak mustahil ditonton di seluruh dunia.

Tambah Roslan kepada MHETV, dengan apa yang terjadi, dia kini terpaksa berhati-hati dengan sesiapa sahaja terutama dalam kalangan rakan-rakannya sendiri.

Roslan mengakui gambar tersebut telah dirakamkan oleh rakannya tahun lepas ketika keluar dari bilik mandi dengan tujuan untuk bergurau namun kesal kerana merasakan dirinya dianiaya pihak terbabit yang tidak berpuas hati dengan kerjayanya sekarang.

Rata-rata netizen dan peminat menasihati Roslan agar membuat laporan polis dengan segera. – MHETV

Iklan