Malang buat mereka yang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Serdang pagi tadi, selepas 20 kereta tersadai di tepi jalan apabila mengalami kerosakan.

Difahamkan, kejadian itu berlaku kerana petrol yang diisi ke dalam kenderaan telah tercampur dengan air yang memasuki tangki di stesen minyak tersebut.

Menurut Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hel Ehwal Pengguna, (KPDNHEP), Datuk Mohd. Roslan Mahayuddin, beliau telah mengarahkan pegawai-pegawainya untuk ke stesen minyak tersebut selepas kejadian berkenaan tular dalam media sosial. – MHE TV

Sumber gambar: Utusan

Iklan