Hanya beberapa hari lagi, hari raya bakal menjelang tiba. Ia pasti seronok jika dapat menyambutnya di rumah sendiri.

Namun, malang bagi tiga beradik orang kelainan upaya (OKU) penglihatan apabila rumah mereka musnah terbakar dipercayai angkara khianat.

Tiga beradik OKU ini tinggal sehelai sepinggan selepas rumah mereka dibakar angkara khianat.

Lebih sedih, perbuatan khianat itu dipercayai dilakukan anak saudara tiga beradik OKU itu sendiri yang berang selepas tidak diberikan duit seperti diminta.

Suspek yang bertindak membakar rumah terbabit berjaya ditahan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang semalam di Kampung Titi Besi, Arau, ketiga-tiga mangsa iaitu Halijah Ibrahim, 78; Che Manai, 73, dan Zainah, 67, sempat menjerit meminta tolong sebelum diselamatkan.

Rumah yang didiami tiga beradik OKU itu musnah dijilat api.

Rumah yang musnah seratus peratus itu menyebabkan semua mangsa hanya tinggal sehelai sepinggan.

Memetik laporan Kosmo Online, Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd mengesahkan kejadian tersebut dan turut memaklumkan suspek berusia 28 tahun telah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api. – MHE TV

Sumber gambar: Utusan

Iklan