Sangat comel! Itulah yang dapat disimpulkan apabila melihat gelagat Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Menerusi video yang dimuat naik cucu Tun Mahathir iaitu Ally Mukhriz dalam laman Instagram miliknya, Tun Hasmah telah menyanyikan sebuah lagu istimewa khas buat suaminya sempena ulang tahun kelahiran Tun Mahathir yang ke-94.

 

View this post on Instagram

 

Birthday girl singing to birthday boy 🎉🎂

A post shared by Meera Alyanna Mukhriz 💫 (@ally.mukhriz) on

“Birthday girl singing to birthday boy,” tulis Ally.

Di dalam video itu, pasangan yang turut digelar sebagai ‘Malaysia’s Amazing Couple’ oleh rakyat Malaysia kelihatan saling bergurau senda.

Pasangan yang digelar Malaysia’s Amazing Couple’ oleh rakyat Malaysia.

Tun Mahathir juga kelihatan turut menyanyikan lagu tersebut sambil tersenyum, manakala Tun Hasmah pula memandang suaminya dengan penuh rasa cinta.

Keutuhan cinta Tun Mahathir dan isteri yang mendirikan rumah tangga sejak 63 tahun lepas membuatkan mereka juga dikenali sebagai ‘sweet couple’.

Keutuhan cinta Tun Mahathir dan isteri yang mendirikan rumah tangga sejak 63 tahun lalu.

Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah berkahwin pada Ogos 1956 dan dikurniakan empat anak.

Pasangan ini berkongsi bulan lahir yang sama iaitu Tun Mahathir pada 10 Julai 1925, manakala Tun Hasmah pula 12 Julai 1926.

Justeru, majlis keraian diadakan oleh keluarga tokoh ini bagi menyambut hari lahir mereka yang berselang dua hari. – MHE TV

Iklan