Masihkah ingat anda dengan watak seorang budak lelaki yang comel di dalam filem ‘Home Alone’?

Filem ‘Home Alone’ yang ditayangkan pada 1990 itu melonjakkan nama pelakon utamanya, Macaulay Culkin yang pada ketika itu berusia 10 tahun.

Kini, pada usia 38 tahun, Macaulay kembali melakonkan wataknya sebagai Kevin McCallister melalui adegan di dalam filem ‘Home Alone’ untuk iklan Google Assistant.

Di dalam iklan yang baru sahaja ditayangkan umum pada Rabu, Macaulay dilihat menggunakan khidmat Google Assistant yang canggih dengan dikelilingi persekitaran klasik tahun 1990.

Persamaan adegan di dalam filem Home Alone (kiri) dan iklan Google Assistant (kanan).

Menurut Macaulay yang bercerita tentang di sebalik penggambaran iklan itu, dia seronok melakukan kembali apa yang pernah dibuat ketika berlakon dalam filem ‘Home Alone’.

“Mereka (pihak Google) benar-benar membuat kerja yang terbaik dalam menghasilkan dekorasi di set dan juga perhiasan. Malah penggambaran juga dilakukan dengan baik,” kata Macaulay.

Dalam perkembangan lain, menerusi sesi temubual bersama The Ellen Show, Macaulay memberitahu pengacara Ellen DeGenere, dia tidak selalu menonton dua filem ‘Home Alone’ dan menganggap filem tersebut sebagai radioaktif pada waktu Krismas.

Wow, tak sangka kan sudah 28 tahun usia filem ‘Home Alone’ ini selepas ditayangkan pada umum. Jom kita tengok iklan Google Assistant ini. Apa pendapat anda? – MHE TV

Sumber gambar (Getty Images/Emma McIntyre)

Iklan