Nampaknya isu Suhaimi Saad dan persoalan bumi ini bulat atau tidak, semakin mendapat perhatian. Bukan sahaja melibatkan angkawasan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar, kini rakan artis Hafiz Hamidun turut memberi pandangan.

Menerusi status yang dimuat naik dalam akaun Twitternya, Hafiz memberitahu dia sudah membuat panggilan kepada Suhaimi dan bercakap dengannya.

Daripada niat untuk berbincang dengan Suhaimi, sebaliknya Hafiz hanya menyuruh Suhaimi berhenti daripada membuat apa-apa kenyataan lagi atau tidak menjawab sebarang persoalan.

“Sebab bercakap on the phone je, tak pastilah macam mana nak bantu situasi dia. Saya cakap kat Suhaimi tu, tak perlu panjang-panjangkan lagi isu ni. Kemudian, dia kata banyak blog dah tulis dan viralkan apa yang dia kata.

“Then saya kata, apa kata minta maaf saja kalau apa yang dia kata tak dipersetujui orang lain. Well, itu jelah yang saya boleh buat. Saya pernah terbitkan album Suhaimi Saad, saya pun kawan dia.

“Jadi dalam keadaan macam ini, ini saja yang saya mampu buat untuk redakan keadaan. Saya tahu Suhaimi sedar dengan pandangan orang kepada dia.

“Tadi pun dia kata pada saya, bila dia tulis status Facebook ajak berselawat pun, orang komen bumi ini bulat. Dari nada dia bercakap, saya rasa ada perasaan kesal. Doakanlah yang elok-elok,” tulisnya.

Menurut Hafiz lagi, orang luar tidak berada di tempat Suhaimi dan tidak tahu apa yang sedang dilalui olehnya. – MHE TV

Iklan