Hiburan Trending Video

[Video] Hafiz Hamidun Sudah Temui Pengganti?

Hafiz mahu fokus kerjaya sebelum mendirikan rumah tangga buat kali kedua

GENAP setahun menyandang status sebagai duda, penyanyi dan komposer terkenal tempatan, Hafiz Hamidun, 34, akui sedang mengenali hati budi seorang wanita untuk disunting sebagai suri hatinya kelak.

Biarpun sibuk menyiapkan seleksi lagu buat penyanyi tanah air termasuk yang terkini nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman bersama isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd. Rashid, Hafiz tetap memikirkan kehidupan peribadinya.

“Sejak bercerai pada 25 Oktober 2017, memang saya sengaja menyibukkan diri dengan kerjaya seni supaya mudah untuk melupakan peristiwa pahit dan menyedihkan yang dilalui sebelum ini.

“Alhamdulillah, selepas setahun saya kembali rasai ketenangan dan cuba memberikan sedikit masa kepada diri sendiri demi masa depan yang lebih baik.

“Ya, saya akui sedang mengenali seseorang sejak Mei lalu ketika sedang sibuk berkempen untuk Pilihan Raya Umum.

“Dia bukan orang seni dan juga bukan ahli politik. Cuma kebetulan kami saling mengenali ketika sama-sama terlibat dalam kempen tersebut secara tidak langsung,” dedahnya.

Apapun, empunya nama penuh Mohammad Hafiz Hamidun itu enggan berkongsi secara terperinci perihal berkenaan kerana menyifatkan perhubungan mereka masih di peringkat awal. – MHE TV

Iklan
Ruang komen