Hiburan Video

‘Hampas’ yang mereka bagi! – Awie

Pelakon dan penyanyi, Datuk Awie meluahkan rasa kesal dengan sikap penerbit filem Hantu Kak Limah (HKL) yang pada awalnya berbincang atas dasar kawan, namun menjadi lawan selepas mendapat untung berlipat ganda.

Menurut Awie, dia sendiri telah memberitahu pengarah, Mamat Khalid sekiranya mahu wujudkan lagi filem ini, pasti bukan diterbitkan oleh penerbit yang sama.

“Saya bercakap bukan untuk diri sendiri, ini untuk semua penggiat seni di Malaysia. Ini yang berlaku kalau kita bergantung harap kepada syarikat luar, akhirnya ‘hampas’ yang mereka bagi,”luahnya.

“Masa awal perbincangan mereka mahu kita ‘deal’ seperti kawan-kawan, bila dah untung gila-gila, saya dibuat lawan,”luah Awie.

Awie sebelum ini meluahkan rasa kesal dengan pemberian bonus yang diterima daripada penerbit filem HKL yang dikatakan tidak munasabah.

Menurut Awie yang memegang watak utama sebagai Hussin, jumlah bonus yang diterima sangat tidak setimpal dengan jumlah kutipan filem yang mencecah RM38 juta. –MHE TV

Iklan
Ruang komen
  Erra wanita yang kuat - Awie