Meskipun sudah menjalani kehidupan di negara barat namun dramatis popular era 90-an, Azah Aziz tetap dengan perangai ketika tinggal di kampung dahulu.

Azah, 46, yang kini menetap di Montreal, Kanada mendedahkan ketika zaman kanak-kanak dia suka memanjat pokok jambu, di depan rumahnya.

Hobi itu kekal hingga sekarang namun bezanya dia kini memanjat pokok epal pula.

“Kat Malaysia dulu-dulu suka panjat pokok jambu depan rumah, sini kita panjat pokok apple,” katanya.

Ibu anak tiga cahaya mata ini membuat pendedahan tersebut menerusi perkongsian sekeping gambar dia sedang memanjat pokok epal.

Pengakuan Azah mendapat pelbagai reaksi daripada kalangan pengikutnya yang menasihatkan wanita itu agar berhati-hati dan jangan sampai terjatuh.

Malah ada juga yang turut berkongsi pengalaman mereka yang juga suka memanjat pokok.

Selain itu, Azah juga memuat naik sebuah video memberitahu, di sana sekarang sudah bermula musim buah epal dan dia teruja memetik epal merah yang sedang masak ranum.

Iklan