Jangan sesekali memandang rendah kepada Elly Suhari hanya berdasarkan paras rupa.

Sebenarnya, pelawak yang dikenali menerusi drama bersiri Anugerah Cinta ini menjadi rebutan rata-rata lelaki muda yang mendambakan cintanya.

Gelaran ‘hantu gigi’ yang diberikan segelintir pihak gara-gara penampilan dan gaya selambanya ketika berlawak bukan penghalang kaum Adam untuk mendekatinya.

Sebaliknya kerajinan dan kebaikan Elly yang tidak pernah berkira menolong orang dalam kesusahan menjadi daya penarik lelaki untuk menagih cintanya.

“Pada usia 47 tahun, aku berkahwin dan bercerai sebanyak empat kali dalam hidup. Semua bekas suami aku yang minta cerai dan bukannya diceraikan.

“Aku ceraikan suami pertama sebab dia suka meminta-minta.

“Kedua kerana dia gay, ketiga kerana beza keyakinan agama manakala yang terakhir kerana dia lelaki ego, malas bekerja dan suka mengatur aku,” dedah Elly kepada media Indonesia.

Wanita ini mendakwa bekas suami keempatnya, Ferry Anggara suka mengatur hidup, malas dan mementingkan diri

Ariffin merupakan suami pertama Elly yang pernah bekerja sebagai pemuzik jalanan

Pelawak ini mendakwa bekas suami keduanya, Bagus adalah seorang gay

Kegagalan empat kali perkahwinannya itu tidak menghalang ibu kepada dua anak ini untuk kembali bercinta.

Dia hampir berkahwin dengan aktor Irfan Sebastian baru-baru ini namun niatnya itu dihalang oleh anak-anak.

“Aku tidak pernah serik untuk bercinta dengan lelaki muda. Itu adalah cita rasa aku.

“Lagipun mereka senang mahu diuruskan. Kalau dia buat hal, aku tinggalkan saja,” kata pelakon drama Berkah Cinta ini lagi. – MHE TV

Iklan