Hanya Riefian Fajarsyah atau Ifan iaitu vokalis Seventeen, satu-satunya yang terselamat sementara isteri dan kesemua anggota Seventeen yang lain terkorban dalam bencana tsunami yang melanda Selat Sunda pada Sabtu. 

Terdahulu menerusi Instagram miliknya, Ifan mengesahkan tiga anggota Seventeen iaitu Andi (drum), Bani (bass), dan Herman (gitaris) meninggal dunia dalam tragedi itu. 

Turut menjadi mangsa korban ialah Ujang (kru) dan Oki (pengurus). 

Menerusi muat naik di Instagram miliknya, Ifan memohon semua yang mengenali anggota Seventeen agar mendoakan mereka husnul khotimah dan ditempatkan disisi Allah di tempat paling mulia. 

“Mewakili mas Andi, mas Herman dan mas Bani, kalau selama 20 tahun kurang 20 hari kami berkarya, ada salah tutur kata maupun perbuatan yang kurang berkenan, aku memohon maaf yang sedalam-dalamnya.

“Minta tolong doanya buat mas Bani, mas Herman dan mas Andi semoga mereka husnul khotimah dan ditempatkan disisi Allah yang paling mulia,” tulis Ifan. 

Manakala satu-satunya harapan Ifan iaitu isteri tercinta, Dylan Sahara turut ditemukan meninggal dunia. 

“Alhamdulillah udah ketemu istriku Dylan Sahara. Makasih ya temen-temen doanya, cuma Allah yang bisa bales kebaikan temen-temen.

“Minta tolong kirimin al-fatihah ya buat istriku.  Insya Allah husnul khotimah. Allahumma amin,” titipan doa Ifan buat Allahyarham isterinya yang diungkapkan tiga jam lalu di Instagramnya. 

Takziah buat Ifan dan seluruh keluarga Seventeen. Semoga Ifan tabah dan reda dengan ujian ini. Al Fatihah. – MHETV 

Sumber foto: Instagram Ifan Seventeen 

Iklan