Anda fobia pada sesuatu? Macam pada lipas, tikus, tengok darah? Sebenarnya, ada banyak kategori fobia dalam dunia ini. Tak percaya? Cuba baca sebentar info di bawah.

1. Agyrophobia- Fobia melintas jalan raya

Golongan ini amat takut untuk melintas jalan raya. Berdiri saja tepi jalan dia mula cuak. Tak kira lah jalan kecil atau jalan besar. Dia akan menggigil ketakutan.

2. Mageirocophobia- Fobia memasak

Nama ini diambil daripada perkataan Greek iaitu ‘mageirokos’ yang membawa maksud seseorang yang tak boleh memasak. Nampak kuali, periuk, dapur je terus fobia. Kalau dapat bini fobia macam ni tak berasap la dapur korang jawabnya.

3. Pediophobia- Fobia terhadap patung

Kategori ini pula fobia terhadap semua jenis patung, termasuklah robot dan mannequin. Ketakutan yang terlampau membuat mereka sukar hendak membeli belah. Untuk para lelaki bujang, digalakkan cari calon isteri yang fobia kategori ini. Selamat poket anda.

4. Eisoptrophobia- Fobia terhadap cermin

Penghidap fobia ini sangat takut terhadap cermin. Selalunya ia dikaitkan dengan kepercayaan karut seperti cermin boleh membawa nasib buruk dan lain-lain.

5. Demonophobia- fobia pada syaitan/hantu

Penghidapnya begitu takut dengan syaitan atau makhluk halus. Ketakutan yang dialami kadangkala tidak masuk akal.

6. Pentheraphobia- Fobia terhadap ibu mertua

Dalam banyak-banyak fobia yang wujud, fobia terhadap ibu mertua dikatakan yang paling banyak berlaku. Jika tidak ditangani dengan bijak, fobia ini boleh membawa kepada perceraian. Emmm…sebab tulah ramai lelaki membujang sampai ke tua kut.

7. Alektorophobia- Fobia terhadap ayam

Golongan ini tak boleh ada dekat dengan ayam. Ketakutan yang berlebihan membuat penghidapnya bukan saja tak boleh tengok ayam, bahkan telur ayam sekalipun. Tapi, tengok ‘ayam’ berambut perang tak jadi masalah.

8. Pogonophobia – Fobia janggut

Perkataan ini berasal dari bahasa Yunani iaitu ‘pogono’ bermaksud ada kaitan dengan janggut. Golongan ini fobia dengan janggut kerana menganggapnya sesuatu yang menyeramkan dan kotor.

9. Euphobia – Fobia mendengar khabar baik

Fobia yang aneh. Orang suka terima khabar baik, tapi tidak untuk penghidap fobia ini. Mereka sangat takut jika berita baik itu adalah berita palsu. Fikirannya sentiasa negatif menerima sesuatu perkara.

10. Venustraphobia – Fobia dengan wanita cantik

Segelintir golongan lelaki menghidap penyakit ini. Dia takut, cemas, gelisah bahkan tertekan bila berdepan wanita cantik. Seboleh-bolehnya dia akan mengelak daripada bertemu wanita cantik. Aduh, ruginya hidup kamu bro! Tidak ramai penghidap penyakit ini, yang pasti lebih ramai lelaki menghidap ‘gatalfobia’ bila jumpa awek cun.

11. Vestiophobia – Fobia memakai baju

Pesakit ini fobia nak pakai baju. Kalau pakai pun, hanya pakaian longgar. Kalau boleh, dia tak mahu berpakaian. Ia mungkin didorong rasa trauma, contohnya pernah digigit serangga berbisa yang menyorok dalam lipatan pakaian. Hmmm… anggap saja mereka berpakaian tak cukup kain pun adik-beradik dengan penyakit ini.

12. Panphobia – Fobia terhadap semua benda

Fobia ini paling jarang berlaku. Bayangkan anda mengalami fobia jenis ini. Rumah, buku, air, keadaan gelap dan terang, tidur, makan, sehinggakan menonton televisyen pun adalah sesuatu yang menakutkan bagi diri anda. Hish…hish… kasihan! -MHE TV

Iklan