Nampaknya kegembiraan peminat Harry Styles untuk melihat penyanyi itu di dalam filem The Little Mermaid, tidak kesampaian.

Ini kerana menurut laporan terbaharu, penyanyi One Direction itu dikatakan telah menolak tawaran watak Putera Eric dan menyebabkan pengarah Rob Marshall terpaksa mencari calon lain.

Meskipun sebelum ini ada khabar yang mengatakan Harry berminat dengan naskhah filem animasi popular itu, namun dia mengubah fikiran bila membuat keputusan akhir.

Harry sebelum ini antara yang disebut akan terlibat dalam pembikinan semula The Little Mermaid

Sejak diumumkan pada 16 Julai lalu tentang usaha Disney mendapatkan penglibatan Harry sebagai Putera Eric, ramai peminat yang memberikan sokongan.

Kini selepas penolakan Harry, ramai yang membuat pelbagaian andaian tentang siapakah yang layak untuk watak Putera Eric.

Nama aktor Noah Centino antara yang disebut-sebut sebagai calon popular untuk menjadi Putera Eric.

Walaupun mencipta populariti sebagai penyanyi, Harry telah memulakan debut karier lakonannya menerusi filem Dunkirk arahan Christopher Nolan.

Filem The Little Mermaid ini bakal memulakan penggambaran pada awal tahun 2020.

Sebelum Harry, Rob telah mendapatkan mendapatkan Halle Bailey untuk watak ikan duyung Ariel dan Melissa McCarthy untuk watak Ursula. -MHE TV

Penyanyi dan pelakon yang berusia 19 tahun ini dipilih untuk membawa watak Ariel

Iklan