Satu laporan polis dibuat oleh Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan niat menyangkal tuduhan yang dilemparkan terhadapnya hari ini.

Menerusi akaun Facebook miliknya, Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama itu telah memuat naik gambar laporan polis di balai polis Kelana Jaya ekoran bimbang terhadap keselamatannya.

Gambar laporan polis itu memaparkan pendirian Haziq mengulangi tuduhan dari kenyataan terdahulunya.

Dia turut mendakwa menteri berkenaan telah menghantar setiausaha politiknya untuk berjumpa dengannya di sebuah restoran di Putrajaya dan memaksa dirinya menafikan bahawa menteri tersebut adalah individu dalam video yang tular itu.

Tambahnya, dia turut diancam, diugut dan dimanipulasikan.-MHE TV

Iklan