‘Tentera bawang’ Malaysia begitu hebat apabila sebuah akaun Facebook, StandWithUs yang melaporkan mengenai perkembangan Israel dari sudut politik, ekonomi, semasa terpaksa ditutup selepas diserang makcik bawang dari Malaysia.

Rakyat Malaysia yang bergabung tenaga menggelarkan diri mereka sebagai sebagai ‘Askar Makcik Bawang’ atau Onion Army.

Serangan itu dibuat gara-gara pentadbir Facebook berkenaan mengkritik Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir yang mengharamkan atlet Israel masuk ke negara ini untuk menyertai acara renang bertaraf dunia.

“Any world leader who refuses to let Jews play sports in their country should be REMOVED from office, (Mana-mana pemimpin dunia yang enggan membenarkan Yahudi bersukan dalam negara mereka, patut DIBUANG dari pejabat),” tulis laman itu.

Kuasa serangan itu menyebabkan laman Facebook tersebut tidak dapat diakses atau IP Malaysia disekat masuk atau ditutup sementara waktu.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Malaysia tidak akan mengeluarkan visa untuk atlet Israel datang bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak antara 29 Julai hingga 4 Ogos depan.

Malah, Malaysia juga bersedia jika penganjur menarik balik hak penganjuran kejohanan itu jika mereka tidak berpuas hati dengan pendirian kerajaan negara ini. – MHE TV

Iklan