Pendakwah yang lahir daripada program realiti Pencetus Ummah (PU), Rizz Ismail menafikan dia terbabit dalam sekeping foto yang tular hari ini sambil memegang kemaluannya.

Rizz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Ismail berkata kepada mStar Online, dia terkejut melihat foto yang menampakkan aksi seorang lelaki berswafoto di dalam sebuah tandas.

Rizz berdebar menantikan filem sulung lakonannya, Ada Apa Dengan Dosa.

“Demi Allah, itu bukan saya! Saya terkejut mengetahui tentang kewujudan sekeping foto lucah menampakkan alat sulit pagi ini,” kata memetik laporan portal berkenaan.

Dia yang bakal muncul menerusi filem sulung lakonannya iaitu Ada Apa Dengan Dosa (AADD) turut membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Bermula sebagai pendakwah bebas, kerjaya Rizz dalam bidang lakonan semakin menyerlah.

Tambah Rizz, dia ada menerima satu mesej daripada individu tak dikenali yang meminta sejumlah wang, malah membuat ugutan jika tak menuruti permintaannya.

“Akan tetapi, saya abaikan sahaja mesej itu. Tiba-tiba pagi ini, timbul pula isu foto lucah tersebut.

“Saya tidak menolak mesej yang diterima berkait rapat dengan penyebaran foto berkenaan,” jelasnya. – MHE TV

Iklan