Dek kerana kesusahan hidup, Ashraf Sinclair terpaksa menebalkan muka menumpang makan di rumah kenduri kahwin.

Namun, itu adalah pengalaman yang pernah dilalui pelakon dan usahawan ini ketika dia masih bujang.

Saat itu, dia masih tinggal di sini dan merupakan kalangan masyarakat yang berdepan depan krisis ekonomi negara ketika itu.

“Setiap orang tentu punya pengalaman pahit manis dalam hidup.

“Saya pernah pergi ke majlis perkahwinan bukan untuk meraikan pasangan pengantin tetapi kerana mahu makan,” dedahnya kepada media Indonesia, baru-baru ini.

Tambah suami kepada selebriti Bunga Citra Lestari (BCL) ini, sebelum bergelar artis, dia tidak terlalu bergantung dengan keluarga sebaliknya memilih untuk berdikari.

Demi meneruskan kelangsungan hidup, dia bekerja sebagai pelayan restoran di ibu negara.

“Semua orang punya cerita dan susah senang dalam hidup.

“Ketika bekerja di restoran, saya hanya mempunyai tabung duit syiling,” tambahnya lagi.

Ashraf atau nama sebenarnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair, 39, berkahwin dengan BCL, 36 pada 2008.

Kemudian dia memilih untuk berhijrah dan menetap di Jakarta dan meneruskan kerja seni dan perniagaannya di sana.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah Sinclair yang kini berusia sembilan tahun. – MHE TV

Iklan