Tidak tahan dengan desakan netizen terutama daripada masyarakat Jepun, selebriti popular, Kim Kardshian akhirnya memohon maaf berhubung jenama pakaian dalam miliknya yang menggunakan nama Kimono.

Ini kerana Kimono adalah khas untuk busana tradisional orang Jepun dan Kim dianggap menghina mereka apabila menggunakan nama itu untuk jenama pakaian dalam.

Isu mula timbul apabila ramai pengguna media sosial menuduh Kim sebagai individu yang tidak sensitif terhadap alat dan budaya negara luar serta tidak membuat sebarang penyelidikan sebelum menamakan produk keluarannya.

Kesal dengan apa yang berlaku, isteri Kanye West itu lantas meminta maaf dan berjanji akan menukar jenama pakaian dalam tersebut.

“Setiap produk yang saya hasilkan adalah untuk kegunaan setiap lapisan masyarakat, jadi saya mengambil keputusan untuk menukar Kimono dengan nama baharu yang sesuai,” katanya.

Kim sebelum ini, berkongsi berita gembira mengumumkan koleksi pakaian dalam keluaran syarikatnya yang diberi nama Kimono.

Namun sebaliknya, Kim menerima kecaman teruk peminat terutamanya daripada masyarakat Jepun kerana menganggap Kimono adalah busana tradisional yang sudah lama dimiliki negara mereka. –MHE TV

Iklan