Ramadan adalah bulan mulia dan umat Islam digalakkan untuk meraih rahmat serta pahala sebanyak mungkin pada bulan ini.

Namun di sebalik kemeriahan umat Islam menjalani ibadah puasa, terdapat segelintir yang melakukan perbuatan mungkar.

Perkara ini didedahkan pelakon Yatt Hamzah menerusi entri yang dimuat naiknya menerusi Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

ASTAGHFIRULLAHALADZIM. Ramai lagi yg mengadu suami kaki layan video pornografi. Katanya suka2 je masa boring atau masa berjauhan dr isteri krn terpaksa bertugas di luar negara. Yg laki bini sama2 kaki pun ada, alasannya nak lebih kreatif agar lebih feel dan puas. Tak kurang juga yg isteri layan sorang2. Konon nak lebih disayangi laki atau sbb suami tak nak layan, so layan diri. Eh, tak rasa malu dan geli ke? Cukuplah. HARAM TETAP HARAM. NO COMPROMY. FULL STOP. . Hormati Ramadhan, hentikanlah segala kerja TERKUTUK ini. Jangan undang Bala Allah. Natijahnya dasyhat. Hadamkan kesan2 menonton pornografi yg Bonda share ini. Jangan sampai Anak2 dan keturunan mengikut TABIAT HARAM ini. Gejala seks bebas, kes rogol, sumbang mahram, anak haram/anak luar nikah, pembuangan bayi & banyak lg Gejala negatif lain PUNCA UTAMANYA salah satu dari PORNOGRAFI. Minta jauh dr keluarga kita. Na’udzubillah. . Moga Ramadhan dapat didik hati kita dan hilang kan segala bintik2 hitam dosa yg sudah lama MELEKAT itu. . Jika sayangi diri dan keluarga. JAUHI PORNOGRAFI. PERANGI PORNOGRAFI. INGAT ISTERI, MAK, ADIK BERADIK PEREMPUAN & ANAK2 PEREMPUAN KITA SEBELUM BUAT KERJA HARAM NI. FIKIR, ADAKAH SANGGUP KITA LIHAT ORG2 YG KITA SAYANG INI BERBOGEL DG AKSI2 LUCAH & DIPERTONTONKAN? JIKA TIDAK, BUANG & PERANGI PORNOGRAFI. . DAH, JOM NGAJI. KHATAMKAN QURAN TU LG BERFAEDAH. RAMADHAN DAH TAK LAMA DAH NI. JGN SAMPAI KITA TERLEPAS NIKMAT & GANJARAN RAMADHAN. MANUSIA PALING RUGI. . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYHshare #Allahuakbar #STOPPORNOGRAPHY #RAMADHAN

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

Perkongsian Yatt tentang kesucian bulan Ramadan tercemar dek kerana sikap segelintir yang tidak malu untuk berbuat maksiat walaupun ada di antaranya sudah berumahtangga.

“Astaghfirullahaladzim. Ramai lagi yang mengadu suami kaki layan video pornografi. Katanya suka-suka je masa bosan atau masa berjauhan dari isteri kerana terpaksa bertugas di luar negara. Yang laki bini sama-sama kaki pun ada, alasannya nak lebih kreatif agar lebih feel dan puas.

“Tak kurang juga yang isteri layan sorang-sorang. Konon nak lebih disayangi laki atau sebab suami tak nak layan, so layan diri. Eh, tak rasa malu dan geli ke? Cukuplah. Haram tetap haram. No compromy. Full Stop,” tulis Yatt.

Menurut Yatt lagi, sepatutnya bulan Ramadan menjadi waktu untuk umat Islam berlumba-lumba bertaubat dan mengutip pahala.

“Hormati Ramadhan, hentikanlah segala kerja terkutuk ini. Jangan undang bala Allah. Natijahnya dasyat. Hadamkan kesan-kesan menonton pornografi yang saya kongsi ini. Jangan sampai anak-anak dan keturunan mengikut tabiat haram ini.

“Gejala seks bebas, kes rogol, sumbang mahram, anak haram/anak luar nikah, pembuangan bayi dan banyak lagi gejala negatif lain punca utamanya salah satu dari pornografi. Minta jauh dari keluarga kita. Na’udzubillah. .

“Moga Ramadhan dapat didik hati kita dan hilangkan segala bintik-bintik hitam dosa yang sudah lama melekat itu,” katanya. – MHE TV

Iklan