RAMAI yang teruja dengan kecantikan pelakon Sandra Dewi selepas melahirkan anak keduanya awal bulan ini. Wanita itu dilihat sangat mempesonakan walaupun masih dalam tempoh berpantang.

Dalam hantaran terbarunya menerusi Instagram, dia dilihat begitu gembira dengan kehidupan selepas melahirkan anak keduanya. Bayi lelaki bernama Mikhael Moeis menjadi ukuran kepada kebahagiaannya pada hari ini.

“Perjalanan hidup Sandra sangat indah. Dia tidak pernah mengalami sebarang kesulitan sejak berkahwin dengan Harvey Moeis tiga tahun lalu.

“Kehidupannya yang serba-serbi lengkap. Ada suami yang baik, anak yang comel dan kaya. Itu yang buat ramai orang cemburu dengan nasib Sandra,” kata peminat.

Apapun itu bukan matlamat utama wanita ini. Baginya semua wanita berhak untuk mendapatkan kebahagiaan masing-masing. Paling penting mereka perlu bijak menjaga keharmonian rumah tangga sampai bila-bila.

Buang segala sifat curiga dengan pasangan dan semaikan hubungan yang ada dengan nilai-nilai murni. Hati yang bersih juga akan memacu hubungan sedia ada ke landasan yang lebih mulia.

Sebelum itu, bintang filem Tarzan Ke Kota melahirkan Mikael di ibu kota Jakarta, Indonesia pada 2 September lalu. Bayi lelaki berkenaan dilahirkan dengan berat 3.5 kilogram dan panjang 51 sentimeter.

Selain Mika, dia juga mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Raphael Moeis yang berusia setahun lapan bulan.

Iklan