Pelbagai reaksi timbul dalam kalangan netizen apabila Dai Syed bercakap tentang hukum bermain aplikasi Tik Tok.

Dai Syed yang mula dikenali melalui program keagamaan Dai (TV3) ini menjelaskan semuanya bergantung kepada kita untuk memilih yang baik atau buruk.

Dalam sebuah video yang dirakamnya dan dimuatnaik dalam instagramnya, beliau meneliti tentang hal tersebut.

“Sabda Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah hadis, ‘sungguh, kalian benar-benar akan mengikuti kebiasaan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun kalian pasti akan mengikuti mereka. Mereka adalah Yahudi dan Nasrani.

“Sedekah ada dua perkara . Pertama sedekah dengan kebaikan seperti sedekah, mengaji, ilmu, wang ringgit dan sebagainya.

“Kedua, sedekah keburukan. Hari ini kamu semasa hidup suka bergelek-gelek, berTikTok, membuka aurat. Satu hari Allah takdirkan kamu mati selagi orang melihat aurat itu, kamu berdosa dan dosa itu akan dipindahkan ke kubur kamu.

Maka berhati-hatilah dari sudut memberi sedekah,” luahnya dalam video tersebut.

Dai Syed juga menerusi entri Instagramnya, menganggap media sosial itu ibaratnya seperti pisau.

“Hukum main Tik Tok atau selainnya diharuskan tetapi kalau bergelek-gelek atau terbuka aurat, maka haram.

“Media sosial ibarat pisau, kalau betul guna, bolehlah jadi cef. Kalau salah gunakannya maka kerjanya membunuh dan menikam dirinya sendiri.

“Terus sebarkan kebaikan, jangan berlumba mencari perhatian,” ujarnya lagi. – MHE TV

Iklan