Kejam! Kejam! Kejam! Itu kata- kata sesuai buat seorang ibu durjana apabila bertindak kejam menyeksa anaknya dengan merendam dalam air panas bersuhu 50 darjah celcius.

Dalam kejadian di Milwaukee, Wisconsin, Amerika Syarikat, mangsa yang baru berusia dua tahun mati dua hari selepas kejadian akibat lambat menerima rawatan sepatutnya.

Portal Thesun.co.uk melaporkan, ketika direndam, Zayanna, 2, menangis meronta-ronta namun tangisan kesakitan itu tidak diendahkan ibunya, Lisa Simmons, 41.

Selepas penderaan itu, Simmons membiarkan anaknya menanggung kesakitan beberapa hari tanpa mendapatkan rawatan di hospital.

Dalam siasat pihak polis, suspek mendakwa, dia hanya merendam anaknya selama seminit sebelum menyedari air itu terlalu panas.

Namun, pengakuannya disanggah pakar perubatan apabila mendapati kesan melecur di badan anaknya menunjukkan mangsa direndam selama 10 minit.

Akibat perbuatan kejamnya itu, Simmons dijatuhkan hukuman penjara selama 16 tahun.- MHE TV

Iklan