Ibu kepada penyanyi dan pengarah filem, Asmawi Ani atau Mawi iaitu Ramlah Sarlan telah menghembuskan nafas terakhir selepas Maghrib malam tadi.

Berita ini dikongsi stesen radio Zayan menerusi laman Instagram milik mereka.

“Salam takziah diucapkan kepada keluarga @cahayaasmawi atas kehilangan emak tercinta yang telah kembali ke rahmatullah Maghrib tadi.

“Sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” tulis kenyataan itu.

Mawi juga merupakan penyampai radio Zayan sejak tahun 2017.

Rata-rata peminat dan rakan artis melahirkan rasa sedih atas pemergian ibu Mawi dan mendoakan penyanyi itu terus tabah menghadapi dugaan tersebut. – MHE TV

Iklan