IBU pelakon terkenal Liza Abdullah  menghembuskan nafas terakhir pukul 8.05 malam tadi di Blok F, Pangsapuri Sri Melor, Ukay Perdana, Ampang.

Menurut Liza Abdullah, Allahyarham Ramlah Che Putih meninggal dunia di rumah salah seorang anaknya.

“Dia pergi dalam keadaan tenang di rumah kakak saya. Dah lama  asyik terbaring, ada kesan luka di belakangnya.

“Pernah keluar masuk hospital sebelum ini tetapi akhir-akhir ini tak mahu ke hospital lagi.

“Tak ada sejarah darah tinggi atau kencing manis boleh dikatakan sakit tua sebab usia sudah masuk 93 tahun,” kata Liza anak keenam daripada tujuh orang adik beradik.

Jenazahnya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana esok pagi sebelum Zohor.

Iklan