Cerita ini pasal seorang gadis yang bernama Gypsy Rose Blanchard. Kisahnya terjadi pada tahun 2015 apabila dia membunuh ibunya, Clauddinnea “Dee Dee” Blanchard, di kediaman mereka dengan bantuan teman lelakinya.

Menurut ceritanya, Gypsy dilahirkan secara normal namun selepas ibunya bercerai, slowly dia diagnosed dengan pelbagai penyakit termasuklah penyakit kromosom, sakit otot, epilepsi, asma teruk, leukimia, rosak otak dan penyakit mata.

Apabila Gypsy semakin besar , dia mula ketagih bermian ‘online chatting’, dan dari sinilah Gypsy mula mengenali dan bercinta dengan teman lelakinya.

Pada satu malam, dia bertengkar dengan ibunya lantas dia menghantar mesej kepada teman lelakinya yang berbunyi “i’m ready”, tanda dia sudah bersedia untuk membunuh ibunya.

Tanpa berlengah teman lelaki Gypsy datang dan menikam ibunya sehingga mati ketika mangsa sedang lena tidur.

Paling mengejutkan, Gypsy sempat memuat naik status di laman sosial menyatakan dia telah membunuh ibunya.

Disebabkan status tersebut, polis lantas menjejak Gypsy dan beliau berjaya ditangkap ketika sedang membeli-belah.

Namun yang menghairankan pihak polis ialah bagaimana Gypsy boleh berjalan seperti orang normal tanpa membawa ubat mahupun mesin oksigen.
kerana selama ini ibunya sering memberitahu umum kononnya Gypsy mengalami sakit yang teruk.

Malah sebelum ini Gypsy dan ibunya mendapat banyak perhatian dan bantuan derma daripada pelbagai pihak termasuklah dari kalangan artis, syarikat korporat dan individu.

Selain itu Gypsy juga turut mendapat kemudahan lengkap untuk rawatan di samping sebuah rumah!

Menerusi siasatan yang dijalankan di kediamannya (tempat berlakunya pembunuhan), polis menemui pelbagai jenis ubat yang disimpan dalam kabinet. Tetapi kesemua ubat ini (yang kebanyakannya belum dibuka) bukanlah untuk kegunaan Gypsy, tetapi untuk ibunya!

Selepas dilakukan pelbagai ujian, Gypsy sebenarnya langsung tidak lumpuh dan tidak mempunyai sebarang penyakit yang diperkatakan oleh ibunya sebelum ini.

Tetapi yang sakit sebenarnya ialah ibu Gypsy sendiri (Clauddinnea). Malah Clauddinnea turut memalsukan surat beranak Gypsy sebab tak mahu melihatkan anaknya semakin tua.

Malah sebelum ini ibunya pernah membotakkan kepala Gypsy supaya Gypsy dilihat seperti orang sakit.

Tidak cukup dengan memalsukan surat dan rekaan penyakit Gypsy mendiang ibunya sanggup membawanya menjalani prosedur rawatan sepanjang waktu yang dikatakan ‘sakit’ itu.

Ini termasuklah beberapa pembedahan, antaranya gastrointestenial, pembedahan mata dan pembedahan buang kelenjar air liur supaya air liur Gypsy meleleh sepanjang masa seperti orang sakit.

Gigi Gypsy juga hancur kerana kesan ubat-ubatan yang diambil selama ini. Seramai 150 doktor yang dikatakan pernah merawat Gypsy langsung tidak pernah memeriksa sendiri mahupun membuat ujian pada Gyps bagi memastikan sakit yang dialami adalah benar.

Puncanya, doktor hanya berpandukan pada semua report yang ditulis oleh ibunya seperti “mother reported”, “mother states”, “history by mother”, yang ditipu oleh Clauddinnea sendiri.

Penipuan tersebut menjadi lebih mudah apabila rumah lama milik mereka hancur dilanda taufan Katrina, ketika itulah segala dokumen penting hilang.

Realitinya Clauddinnea ni ialah seorang ‘attention seeker’ Dia membuatkan Gypsy seperti sakit supaya dirinya mendapat perhatian daripada semua orang walaupun dengan cara menipu dan menyeksa anak sendiri.

Namun Gypsy tetap didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan dipenjarakan selama 10 tahun di Missiouri’s Chillicothe Correctional Center, manakala teman lelakinya dihukum penjara seumur hidup.

Menurut Gypsy, dia lebih gembira duduk di dalam penjara berbanding tinggal dengan ibunya sebelum ini.
Kisah Gypsy ini pernah dirakamkan dalam salah satu episod rancangan Law and Order SVU, season 19, episod 10. – MHETV

Iklan