SETELAH membuat pengakuan kepada URTV baru-baru ini yang dirinya sudah empat bulan meniti bahagia setelah berhijrah ke Kota London, selebriti sensasi (bekas penerbit rancangan TV3, pelakon dan pengarah ), Azwan Ali atau popular dengan nama Diva A.A, mengadu pula, laman instagramnya dah digodam orang!

Artikel berkaitan: Azwan Ali Bahagia Di London

“Rasa dah 10 kali kena hacked dah! Lepas ini Diva A. A tak koser (kuasa) nak bagi komen komen isu panas melibatkan artis tanah air dalam laman IG.

“Bila bagi komen panas atau pandangan…i.g Diva A.A pulak kena godam,” katanya yang membahasakan dirinya sebagai Diva A.A.

“Lepas URTVsiarkan pendedahan `kehilangan’ Diva A.A…ramai dah mengikut laman insta Diva A.A. Bagaimanapun, baru-baru ini akibat Diva A.A bagi respons terhadap statementseorang selebriti tanah air perihal isu baju hitam dan bogel.. tup tup… laman IG Diva. A.A … lesap! Dah kena godam….kena hacked lah!

“Sekarang dah tak wujud laman instagram @divaazwanavazzz… tu. Diva A.A tak putus asa… dah buka IG baru @divaazwanavazz53

“Lepas ni tak nak komen cerita artis-artis panas tu dah, Diva A.A nak cerita yang menarik-menarik mengenai luar negara dan lain-lain pula,” katanya kepada URTV.

Dalam pada itu, Diva A.A yang dah punya ramai kawan baru di Kota London, tetap nak sambut raya di negara orang putih itu.

“Huzz kau tolonglah sampaikan salam kepada semua kawan dan peminat-peminat Diva A.A… salam maaf zahir batin sempena lebaran ini,” katanya.

Walaupun beraya sebagai perantau, pagi raya jangan lupa ya melaram baju Melayu kita ya.

Cakap tentang raya… teringat pulak gelagat Diva A.A yang suka memasak rendang. Bukan saja waktu raya, malah ketika jadi calon parti bebas Pilihan Raya (PRU 14) tahun lalu, bawah khemah Diva A.A mengacau rendang,  menjamu penyokongnya yang duduk di kawasan Bukit Antarabangsa.

Tak sia-sia, Diva A.A belajar resipi menu arwah ibunya Mak Tom, yang ramaiu tahu cukup handal memasak.

Maka, pagi Syawal nanti di rumah barunya tentulah menu itu buat hidangan kawan-kawan baru di Kota London pula! Mengenalinya, kalau nampak tetamu atau kawan-kawan datang beraya, kegembiraan bukan kepalang. Dari jauh dah riuh menyambut.

Apa pun, selamat meneruskan Ramadan dan sambut lebaran Diva A.A di Kota London. Kalau agak-agak rindu kampung halaman, jangan lupa naik kapal terbang Penerbangan Malaysiayang disukai dunia, balik ke tanah air kita yang indah.

Jom layari www.urtv.com.my untuk banyak lagi kisah menarik artis popular tanah air.

Iklan