Hahaha…Maaf, MHE TV tak boleh tahan nak gelak baca perbualan mesej yang tular dalam media sosial ini.

Bagus betul strategi akak ini untuk memasarkan produk jualannya. Tapi sayangnya, cara tersebut tidak berhasil kerana pelanggannya tidak berminat mungkin disebabkan harga yang ditawarkan sangat mahal.

Malangnya, akak penjual ubat ini tidak berpuas hati dan memaksa pelanggannya itu memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun sebelum mengeposkan barang jualannya.

Si pelanggannya pula, berkali-kali menolak dan tidak mahu membeli produk tersebut sehinggakan kedua-dua bertegang leher seketika.

End up akak tu terus sound pelanggan itu dengan perasaan marah sehinggakan tidak mahu menziarahi hari pengebumian jika pelanggannya itu meninggal dunia nanti.

Anda nak tahu apa si pelanggan tu balas balik. Rupa-rupanya, dia langsung tidak mengenali akak terbabit.

Persoalannya, bagaimana akak tersebut mengenali pelanggannya itu kenalah tanya dia sendiri.- MHE TV

Iklan