Kepada semua perokok, ingat…ada tiga hari lagi anda bebas merokok di merata-rata tempat sebelum larangan dikuatkuasakan.

Terbaru satu video menunjukkan sebuah van dari Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru membuat pengumuman melalui pembesar suara berkenaan larangan merokok di tempat awam.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan berkuatkuasa 1 Januari 2019.

Selain kawasan yang sedia maklum seperti tempat awam dan bangunan kerajaan, arahan larangan merokok turut membabitkan semua premis makanan termasuk restoran bertutup, berhawa dingin atau restoran dan warung berkonsep terbuka. -MHE TV

Iklan