Trending Tular Video

Ini punca orang ramai terbalikkan kereta Honda Stream

Semalam tular video memaparkan tidak kurang sepuluh lelaki bertindak menterbalikkan sebuah kereta.

Dalam video berdurasi 26 saat itu, orang ramai dilihat mengangkat kereta jenis Honda Stream yang berada di tengah jalan sebelum menterbalikkannya ke dalam longkang.

Tindakan orang ramai menterbalikkan sebuah kereta rosak yang ditinggalkan di tengah jalan mendapat reaksi pelbagai daripada warganet.

Kejadian dikatakan berlaku di Felda Bukit Damar, Jalan Pekan Felda Lakum, di Temerloh.

Dikatakan orang ramai berbuat demikian akibat berang dengan pemilik kenderaan tersebut yang meninggalkan kenderaannya yang rosak di tengah jalan sehingga mengakibatkan kemalangan pada seorang anggota tentera.

Dalam kejadian pada pukul 7 pagi, Koperal Ismi Wan Shah Ismail yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Mempaga telah terlanggar kereta tersebut.

Mangsa mengalami kecederaan parah apabila patah tulang pinggul dan kedua belah tangan.

Bagaimanapun, penyebaran video terhadap tindakan diambil kumpulan lelaki tersebut menerima pelbagai reaksi netizen. Ada yang menyokong dan ada yang mempersoalkannya.

Hendak pula ada yang berkongsi gambar tular menunjukkan selepas diterbalikkan, kereta tersebut terbakar.

Pada anda, adakah betul tindakan diambil lelaki-lelaki tersebut? – MHE TV

Ruang komen