Seorang perompak yang melakukan hubungan seks dengan mayat di sebuah rumah mayat yang dipecah masuknya di hukum penjara selama enam  tahun.

Seorang hakim di bandar perindustrian Birmingham, London menjatuhkan hukuman tersebut kepada Kasim Khuram, 23, selepas tertuduh mengaku bersalah semasa satu perbicaraan awal.

Hakim berkata, Khuram telah melakukan jenayah dengan “mengganggu semua sifat sensitif manusia.”

Dalam pertuduhan itu, Kasim Khuram telah mengganggu tiga mayat dan sembilan keranda.

Semasa kejadian tertuduh sanggup bertindak demikian disebabkan berada dalam keadaan mabuk dan khayal selepas mengambil ganja dan PCP.

“Anda dijangka hendak mengganggu semua sembilan mayat tersebut. Apa yang telah anda lakukan dan kenapa, hanya anda yang tahu,” hakim Melbourne Inman menyatakan semasa penjatuhan hukuman.

Peguam bela Joseph Keating menyatakan Khuram berasa “sangat kesal” dengan apa yang dia telah lakukan dan tindakannya adalah “di luar jangkaan.” — MHE TV

Ruang komen