Sekitar empat bulan lalu, MHE TV ada berkongsi video temu bual bersama pelakon Iqram Dinzly tentang kehidupan terbaharunya dan kisah dia cuba untuk lari dari dunia seni.

Sekali lagi bertemu dengan Iqram baru-baru ini, penampilannya agak sedikit berbeza. Iqram yang juga mahu dikenali sebagai Iq Dinzly memberitahu dia kini sedang melakukan proses transformasi pada diri sendiri.

Ditanya tentang keinginan untuk kembali berlakon, kata Iq, dia hanya berserah kepada peluang yang datang dan sekiranya ada, dia berharap diberi watak yang mencabar dalam sebuah filem.

Dalam masa sama, Iq mendedahkan dia ada masalah mental. Adakah dia sudah gila dan apa puncanya? Ikuti temu bual video ini. – MHE TV

Iklan