Pelakon yang kebal dengan cercaan dan kecaman, Iqram Dinzly menyelar warganet yang hanya pandai mengata orang tetapi tidak melihat kelemahan diri sendiri.


Baginya, sesetengah warganet hanya tahu mencari kesalahan orang lain tanpa memikirkan dosa atau pahala.


“Nun di sana sibuk selesaikan haji yang indah belaka , kita di sini tengok dan senyum tidak perlu kata apa apa.


“Orang mengata seseorang itu gila, sebenarnya orang mengata itu yang gila. Orang mengata seseorang itu sesat , sebenarnya dia yang sedang sesat .


“Orang yang menjaga tepi kain orang, sebenarnya kain sendiri pun tak cukup benang. Jadi, hidup sekiranya peduli dengan apa orang cakap, lama kelamaan otak yang cerdik pun akan jadi bengap,” tulisnya pada kapsyen dalam Instagramnya.


Justeru, Iqram mencadangkan agar sesiapa pun jua lebih baik mendiamkan diri daripada membuat kecaman yang tidak berasas .


“Selamat ‘membiadapkan’ diri dengan persepsi yang sentiasa silap . Allah lihat dalam senyap ,” tulis Iqram ;lagi.


Iqram atau nama komersial terkininya Iq Dinzly sebelum ini pernah dikecam kerana dikatakan bersikap seperti orang kurang waras dalam video-video yang dikongsinya dalam media sosial. .- MHE TV

Iklan