Biarpun sudah seminggu berlalu, bahang kehangatan final Gadis Panca MyBeauty 2018 masih dirasakan oleh sesetengah pihak terutama golongan yang melibatkan diri secara langsung.

Tidak terkecuali adalah barisan finalis program pencarian bakat popular, Mister Planet Nation Malaysia 2018 (MPM 2018) yang diberi penghormatan untuk mengiringi setiap gadis yang beraksi di pentas akhir.

Kehadiran teruna-teruna tampan tersebut sekali gus bukan sahaja mewarnai persembahan akhir para gadis, bahkan memeriahkan lagi acara kemuncak yang memasuki musim kedua penganjurannya itu.

Malah ada antara finalis MPM 2018 mendapat perhatian para penggiat seni terutama penerbit dan pengarah drama yang mahukan mereka menjadi pelapis pelakon lelaki pada masa hadapan.

Di kesempatan ini, pihak MHE TV selaku penganjur bersama acara yang dikelolakan oleh akhbar Pancaindera itu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada finalis MPM 2018 yang sudi meluangkan masa menjayakan majlis berkenaan. – MHE TV

Iklan