Sembilan tahun Irwansyah bahagia melayari bahtera rumah tangga bersama Zaskia Sungkar, ada satu fakta mengejutkan mengenai pasangan ini.

Rupanya pelakon dan usahawan itu, pernah berasa ragu-ragu sebelum menikahi wanita tersebut.

“Ya, dia pernah berasa ragu-ragu ketika itu. Katanya, dia memang mahu berkahwin dengan saya.

“Tetapi dia tidak mahu tinggal berjauhan dengan kedua orang tuanya”, kata Zaskia mendedahkan hal tersebut menerusi Channel YouTube miliknya.

Tambah Zaskia, Irwan adalah anak yang taat pada orang tua sejak dari kecil.

Malah dia juga menantu yang baik dan akan menziarahi ibu mertua sekurang-kurangnya seminggu sekali.

“Dia memang sayang ibu bapanya dan mama. Seminggu sekali, dia pasti mengajak saya menjenguk mama,” katanya.

Iklan