Meraih kejayaan pada iusia muda, penyanyi Ismail Izzani nampaknya lebih senang untuk hidup berdikari ketika ini.

Menurut Ismail, 19, walaupun lebih selesa untuk tinggal bersama keluarga namun dia yakin sudah sampai masanya untuk dia tinggal sendiri dengan menyewa rumah.

“Hampir setahun juga saya tinggal sendiri. Sebab utama saya menyewa rumah adalah untuk memudahkan urusan kerjaya.

“Memang pada mulanya keluarga tidak setuju, tetapi akhirnya ibu saya membenarkan saya tinggal berseorangani kerana yakin saya boleh uruskan rumah sendiri,” katanya.

Mengakui pada mulanya sukar namun Ismail tidak menolak proses tersebut banyak mendewasakan dirinya.

“Memang rasa lain sebab sebelum ini bila bilik berselerak dan kita biarkan, ibu saya akan kemaskan. Tetapi bila tinggal sendiri semuanya kena buat sendiri. Jadi proses ini mengajar saya untuk jadi lebih matang.

“Namun kadang – kadang memang ibu saya akan datang menolong saya kemas rumah bersama pembantu rumah juga,”jelasnya pada majlis perlantikan diringa sebagai duta Setulus Ikhlas sepanjang Ramadan dan raya di TV3.

Sementara itu Ismail juga tidak menolak bakal membeli sebuah rumah tidak lama lagi.

Melihat ini sebagai impian terbesarnya, kongsi Ismail lagi dia juga sudah diajar sejak dari kecil agar tidak terlalu boros ketika berbelanja.

“Ibu saya memang ajar untuk sentiasa berjimat cermat, kerana tahu duit akan habis kalau tidak digunakan dengan betul.

“Sebab itu buat masa sekarang saya sedang menyimpan untuk membeli rumah pertama saya tidak lama lagi, kalau boleh tahun depan,” katanya. – MHE TV

Ruang komen
Iklan