Isteri kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang akan terbang ke Mekah pagi ini bagi mengerjakan ibadah umrah, sempat berpesan kepada suaminya agar tidak leka bermain dengan aplikasi Tik Tok sepanjang hari.

 

Shahida membawa bersama anak bongsu,Yusof al Qardawi menunaikan umrah.

Shahida sebaliknya mengingatkan Aliff Syukri untuk sentiasa memantau kerja sekolah ketiga- tiga anak yang ditinggalkan. Ketika ini Shahida hanya membawa anak bongsunya, Yusoff al Qardawi bersamanya menunaikan umrah.

Sementara itu, Aliff Syukri dalam entri di Instagramnya pagi ini memuat naik gambar mereka sekeluarga di samping mendoakan keselamatan isteri beserta rombongannya ke tanah suci.

Aliff Syukri bersama keluarganya sewaktu menghantar isterinya itu ke lapangan terbang pagi ini.

Beliau turut meminta supaya pengikut-pengikutnya di Instagram mendoakan agar selepas ini ada juga rezekinya untuk menjejakkan kaki ke sana.

Haaa…, ingat tu Datuk apa yang Datin pesan! Jangan asyik nak layan Tik Tok je 24 jam. Haha..Semoga Shahida dan rombongan mendapat umrah yang mabrur dan MHE TV doakan selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air. – MHE TV

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri dan Datin Shahida

Iklan