Semalam, perkahwinan antara Aliff Aziz dan Bella Astillah telah pun bertemu noktahnya setelah penyanyi kelahiran Singapura itu melafazkan cerai ke atas isterinya dengan talak satu.

Selain masih heboh memperkatakan perihal kontroversi yang melanda mereka, imej Aliff yang tampil botak ketika di mahkamah mengundang spekulasi baharu dalam kalangan warganet.

Ini kerana, tompok-tompok kemerahan kelihatan jelas di kulit kepalanya yang botak itu sehingga ada pihak beranggapan bahawa Aliff berpenyakit.

Menjawab teka-teki, Aliff menjelaskan bahawa dia baru sahaja menjalani rawatan penyuburan rambut.

“Itu cuma kesan surgeri selepas membuat rawatan baru-baru ini,” jawabnya ringkas menerusi pesanan WhatsApp.

Difahamkan, proses rawatan tersebut melibatkan proses menanam anak rambut bagi melebatkan semula rambutnya. – MHE TV

Iklan