Sufian akui dia adalah lelaki di dalam kedua-dua gambar yang tular.

Sejurus Sufian Suhaimi memenangi trofi Persembahan Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33) lalu, tular beberapa keping gambar dipercayai mirip penyanyi itu bersama seorang wanita.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai hal itu, pengurus kepada penyanyi terbabit iaitu Mahadhir Mohamad tidak menafikan bahawa pemuda tersebut adalah artis bawah jagaannya.

“Isu gambar tidur dan honeymoon telah dijelaskan oleh Sufian melalui temu bual di radio dan kepada wartawan.

“Penjelasan lanjut boleh didengar menerusi rancangan Melodi pada Ahad ini.

“Dia pergi melancong bersama enam rakan universitinya, bukanlah honeymoon seperti yang didakwa. Gambar Sufian terlelap adalah prank dilakukan oleh rakan-rakannya yang mahu bergurau,” jelasnya menepis dakwaan.

Justeru, Mahadhir berharap agar semua pihak tidak mudah membuat kesimpulan sendiri sebelum mendapatkan kepastian. – MHE TV

Iklan