PENYANYI  Rohana Jalil yang sedang sibuk menjelang perkahwinan anak keduanya, Shakira Edora (kakak Kilafairy), akhir Julai ini,  mendedahkan kepada URTV, anak bongsunya `gila nak cantik’ semenjak masih di sekolah rendah.

“Sebagaimana saya dulu-dulu, dara,Kila nampaknya  ikut jejak. Kalau dia memakai dia mahu kemas. Tak mahu berselekeh. Nak baju bersih. Nak wangi wangi.

“Kalau ke sekolah agama, dia kena  pakai tudung dia tak mahu sehelai pun rambut terkeluar.

“Hingga bila masuk usia remaja dan paling ketera ketika dah  berjinak-jinak nak  jadi artis, lebih cerewet dia  menjaga bentuk badannya. Cukup takutlah kalau badannya naik. Pernah tak sentuh nasi, saya beli beras sekampit besar boleh tahan tiga bulan bila saya, anak-anak malah ayahnya tak makan sangat nasi.

“Pernah juga Kila sakit-sakit kerana diet nak melampau dan sudahnya, jadi pengamal makanan tambahan vitamin, itulah perangai sebenarnya Kilafairy cukup obses nak berbadan cantik,” kata Rohana Jalil.

Rohana mengaku lega apabila Kilafairy mula mengamalkan produk dimahukannya  telah diusahakan dua sahabat (Ceo Kilafit-Hamiz Shah Mohd Alias dan rakan kongsi, Asyraf Khalid membantunya kekal langsing dan berkulit cantik.

“Nampak produk itu jadi amalannya pagi dan malam. Jangankan Kila saya juga ikut sama minum, menyokong dan jadi ejen.

“Jual dengan kawan-kawan sebab selain sedap buat minuman sarapan, berkesan kurangkan berat badan berlemak,” katanya.

Jom tonton video wawancara seterusnya dengan Rohana Jalil termasuk pengakuannya yang Kilafairy belum ada kekasih. Beliau menafikan sekeras-kerasnya, Kila sedang dilamun cinta!

Iklan