Dua selebriti wanita Indonesia, Vaneesa Angel dan Avriellya Shaqqila telah ditahan oleh pihak polis di Surabaya dipercayai terbabit dalam pelacuran secara online membabitkan pembayaran sebanyak Rp25 juta (RM7,238) dan Rp80 juta (RM23,164).

Menurut agensi berita ANTARA, kedua-dua artis ini ditahan selepas pihak polis mengesan berlakunya transaksi pembayaran untuk aktiviti itu.

Ketua Polis Jawa Timur, Arman Asmara berkata, mereka yang ditahan ialah empat orang saksi, dua artis iaitu Vanessa dan Avriellya dan tiga lagi yang dipercayai terbabit dalam urusan aktiviti itu.

“Kami melakukan siasatan melalui media sosial dan diketahui kegiatan tersebut dilakukan di sebuah hotel di Surabaya. Tarifnya yang satu Rp 80 juta, satu lagi Rp 25 juta,” kata Arman.

Sementara itu pengurus kepada Vanessa Angel iaitu Lidya berkata, beliau tidak pernah mengetahui artis itu terbabit dalam aktiviti pelacuran online.

“Vanessa ke Surabaya untuk menjadi pengacara dalam sebuah majlis di sana,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Vanessa memohon maaf kepada semua peminatnya dan akui akan kekhilafannya selama ini.

Malah pelakon itu turut mengucapkan terima kasih kepada pihak polis atas layanan yang diberikan dengan cukup baik dan berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam kes itu. –MHE TV

Iklan