MHE TV percaya mana-mana pemandu pernah mengalami situasi tertidur seketika atau saintifiknya dipanggil ‘micro sleep’ semasa memandu kenderaan membabitkan perjalanan yang jauh.

Gejala ini tak lama pun, tersenggok dalam tempoh 2 hingga 30 saat sahaja. Ya, benar masa yang diambil terlampau singkat namun, impaknya sangat menakutkan.

Pada tempoh itu, kenderaan yang anda pandu sangat berisiko untuk berlanggar dengan kenderaan lain ataupun terbabas.

Sama ada percaya atau tidak, satu kajian dijalankan ke atas pemandu trak di United Kingdom antara tahun 1995 hingga 2001 mendapati, hampir 20 peratus kemalangan disebabkan keletihan. Satu pertiga daripada jumlah itu berpunca dari fenomena `micro sleep’ ini.

Sementara itu, di Amerika Syarikat (AS), dianggarkan 40,000 kes kecederaan dan 1500 kes kematian di jalan raya direkodkan. Semua kejadian ini berlaku disebabkan pemandu tertidur semasa memandu.

Pakar menyenaraikan dua punca keadaan yang boleh menyebabkan terjadinya ‘micro sleep’. Pertama, individu yang mengalami kepenatan tetapi masih mahu terus berjaga semasa memandu pada jarak yang jauh dan jalan yang lurus.

Kedua, individu yang kurang tidur, kemurungan atau penat. Jika anda mengalami situasi seboleh-bolehnya jangan terus memandu dan berhenti segera di tempat yang selamat.-MHE TV

Iklan