Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017.

Pelakon Sharnaaz Ahmad, 34, menafikan rumah tangganya bersama isteri, Noor Nabila Mohd. Noor kini sedang berantakan.

Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata, khabar angin yang tersebar dalam laman sosial tersebut adalah tidak benar.

Ketika ditemu bual oleh portal sebuah akhbar, Sharnaaz memjelaskan bahawa rumah tangganya berada dalam keadaan baik.

“Saya tidak balik rumah kerana sibuk berlakon. Jangan risau, semuanya dalam keadaan baik,” ujarnya memetik laporan portal tersebut.

Status rumah tangga Sharnaaz dipersoal netizen selepas pelakon itu memuat naik gambar bersama anaknya, Jebat Jayden yang berusia 6 bulan dalam Instagram dua hari lalu.

Menerusi kapsyen gambar tersebut, Sharnaaz dilihat meluahkan rasa rindu terhadap anaknya dan berhasrat ingin menunaikan solat Jumaat bersama-sama suatu hari nanti.

 

View this post on Instagram

 

Baba miss u my little silat boy @jebatjayden satu hari nanti kita pi sembahyang jumaat sama sama naa syg..

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Salah seorang pengikut Sharnaaz yang menggunakan akaun dengan nama @personalqal bertanya adakah pelakon drama Awak Sangat Nakal itu tidak lagi duduk sebumbung bersama isterinya.

Membalas pertanyaan pengikutnya itu, Sharnaaz menjawab yang dia sibuk di lokasi penggambaran.

Sharnaaz dan Nabila yang juga kakak kepada pengacara Neelofa mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017.
– MHE TV

Ruang komen